ai
Lawak Sepah dalam 2 episod terakhir ada mengajuk ustazah Bahyah penceramah terkenal dalam rancangan semanis kurma.

Ada kawan2 Ai yang beritahu Sepah disaman oleh pihak ustazah... namun response ustazah sebenarnya adalah sangat professional dan penuh dengan kesabaran.. Menerima lawak Sepah dari pandangan positif...

Tabik lah dengan ustazah... :D

Pada Ai pulak, lawak2 sepah semuanya mengandungi nasihat dan ada mesej yang cuba nak di sampaikan.. orang kata lawok ada education la katakan... bukan setakat lawak yang nak bagi orang sekadar ketawa kosong...  lawak mereka dekat dihati kita... macam tv9 plak yer dekat dihati.. cuma ada la sikit2 unsur2 yg kotor dia selitkan...

Cuba bayangkan program Maharaja lawak memecah rekod penyiaran, kalau ada berjuta orang tonton rancangan ML tu, mungkin 60% ( andaian ai sahaja) tak pernah tonton rancangan semanis kurma.. So lepas ni mungkin dari 50 % dari 60% tu terbuka hatinya nak tonton rancangan semanis kurma yang pada Ai rancangan tu memang bagus dan menarik... kadang2 mau menangis Ai hayati ilmu yang ustaz dan ustazah
kongsikan dlam rancangan tu...

Kumpulan Sepah jugak dah memohon maaf secara terbuka andai ada pihak2 yang tersinggung dengan dalam mereka menyampaikan lawak mereka ..boleh tengok di sini Sepahmohonmaaf.

 Manisnya kurma ini... baik punya... :)
ai
My company ada buat movie night tengok cerita transformers 3 - dark of the moon 

Cerita yang sangat best... Ai enjoy every moment watching this movie. Tambah2 lagi tiket free kan... 
Ai paling suke bila kereta2 tu bertukar menjadi robot... the transition was awesome... :D 
Ai suka jugak Wheelie yang sangat cute tu... hahaha memang leh jadi pak lawak dalam cerita tu.. :) 
Hope depa tak mati dalam kapal tu and will be back for transformers 4 if any... 

Tapi ada la part2 yg tak berapa nak logic.. but its a movie, pengarahnya adalah manusia dan tak ada apa yang sempurna dari seorang manusia... :) 

Mesti susah mula2 depa nak reka movement dalam cerita ni masa transformers first kan. 

Nak tau sinopsis serba sikit... mr Adie ada cerita serba sedikit dekat sini... layan



ai
Saya budak baru dalam dunia bloging ni.. so kenala belajar dari bawah... So terfikir nak letak iklan Nuffnang segala bagai yang orang kata boleh la tambah duit poket... Maklumlah nak raya ni kan... Tapi baru belajar nk berblog.. adoi terasa diri ini jauh ditinggalkan lrt.. Hihi

So sebelum apa-apa, check la dekat internet pasal status ini lah... so jumpa satu entry by Si Budak Kurus kat sini pasal komen ustaz Zaharddin pasal iklan mengiklan di blog ini seperti di bawah :-

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau  wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.


  • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.


  • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.



  • Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.



  • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.



  • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
      KESIMPULAN 

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaangoogle adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
ai



Allah kurniakan kita selama 24 jam sehari dan mintak lebih kurang 30 Minit sahaja dari 24 Jam tersebut untuk kita bersyukur and menyembah Allah dengan menunaikan solat. Tapi kenapa susah sangat kita nak beri 30 minit kita itu hanya untuk berterima kasih dengan kurniaan 24 jam sehari yang dia dah bagi pada kita.

Kalau ada pun cuma buat sekadar berdiri, rukuk, sujud tanpa perasaan benar-benar rasa bersyukur dengan nikmat masa yang masih Allah kurniakan.  Katannya .. 

'Alah, janji aku sembahyang, ada orang tu langsung tak sembahyang'. 

Inilah yang dapat aku perhatikan dalam kehidupan segelintir masyarat yang langsung tidak mengambil berat soal solat. Apa pandangan mereka tentang erti syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan 

Aku bukan lah seorang yang benar-benar berilmu dalam bidang agama yang boleh aku bagi hujah2 yang mantap berserta dengan hadis-hadis soheh, namun aku ingin mengajak semua berfikir tentang apalah sangat 30 minit itu untuk kita tunaikan hak Allah dan bersyukur dengan 24 jam sehari yang di beri.

Andai Allah sudah mengambil semula 24 jam sehari yang dipinjamkan kepada kita, orang lain akan berikan kita 3 minit untuk solat jenazah. Tapi dapat ke 3 minit tu gantikan hutang kita kepada Allah 30 minit sehari yang selama ini kita dustakan? 

Mudah-mudahan ini akan menjadi ingatan dan panduan diri aku untuk terus menunaikan hak-Nya selama lebih kurang 30 minit sehari untuk mensyukuri 24 jam yang Allah kurniakan untuk aku. 

p/s - nota ini adalah untuk pesanan kepada diri sendiri dan untuk mereka-mereka yang ingin sama-sama menginsafi. 




ai
Menonton Maharaja Lawak memang menghiburkan.. Hurm, boleh jadi salah satu terapi juga tuh...



Apa2 pun SEPAH memang terbaik dan layak menyandang gelaran MAHARAJA Lawak tu, "tepanjat Boboi", lawak korang memang dekat dihati.... ai sebagai warga Johor, tumpang bangga dengan kejayaan itu.
Rm350K/3 =  RM116K sorang.

JOZAN... ramai yang menyangka JOZAN akan menjuarai maharaja lawak laki ini disebabkan oleh peminat fanatik mereka yang ramai. Namun rezeki masing-masing tak siapa yang tahu.
RM250K / 2 = RM125K sorang.

NABIL tempat ketiga. Dia macam dah tau2 jer dia dapat nombor 3 kan. Apa2 pun tahniah jugak buat NABIL kerana mampu bersaing dengan otai2 lawak walaupun berjuang bersendirian...
RM150K sorang.

JAMBU tempat ke-empat,  lawak JAMBU semakin hari semakin kehilangan identiti. Tapi mereka tetap jambu.
RM50K/2 = RM25K Sorang.

NABIL paling beruntung, walau pun dia nombor 3 tapi dia dapat duit paling banyak.. RM150K sorang2 dia ahhhh ahhh.. semput lagi.. =D


nota kaki : Mudah2an mereka akan terus profesional dalam bidang ini tanpa mengikut jejak beberapa pelawak yang terjebak dengan pelbagai jenayah...
ai
Antara sedar atau pun tidak, kita sering gunakan perkataan 'nanti' or 'kalau' dalam kehidupan seharian kita. Bukan salah tapi secara tak langsung dia akan ada impact yang mungkin kita sedar atau pun tidak.


1. Nanti 
    Senario : 1. 'Alah banyak masa lagi ni, nantila buat.'
                  2. 'Awal lagi ni baru masuk waktu, lama lagi waktu zuhur ni. Nanti-nantilah solat'.

2 senario di atas tu merupakan antara perkara yang memang kadang2 aku pun 'terbuat'. ** terbuat la sangat or memang selalu buat.  insaf2.

2. Kalau


    Senario :1) Kalaulah ada robot yang boleh tolong aku buat kerja ni.
                : 2) Kalau aku kawin dengan anak raja kan senang. terus jadi kaya tak payah nak susah-susah  
                      kerja.

Penggunaan perkataan 'nanti' akan mengakibatkan kita mendidik sifat bermalas-malasan dah sikap bertangguh-tangguh dalam diri kita. Kita akan melakukan kerja kta dengan tidak bersungguh-sungguh.

'Alah, Buat cincai-cincai je dulu, nanti-nanti boleh betulkan.'

Dan apabila kita kesuntukan masa, kita buat perkara dengan kualiti yang tak memuaskan. Bos tak puas hati, sapa yang susah? sapa yang tak naik pangkat? siapa yang tak dapat bonus? siapa yang tak dapat naik gaji?
Kita jugak kan. Lepas tu dok salahkan majikan itu lah inilah.

Tepuk dada tanya iman, renung-renungkan & selamat mengamalkan. :)
ai


Perjalanan menuju ke tempat kerja merupakan sesuatu yang mencabar setiap hari. Sebarang kemungkinan boleh berlaku, contohnya kesesakan luar biasa yang macam aku alami pagi tadi.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa 1 jam, dah jadi 2 jam setengah. waa.. boleh sampai melaka dah tuh kalau lalu highway Plus.

Stress ?? Memang stress.... so macam mana nak mengatasi stress ketika kesesakan lalu lintas?

1. Bersarapan pagi.
    - Aku selalu sangkut dekat jalan puncak jalil untuk ke susur keluar ke sungai besi. Orang lain tension bila sampai kawasan tu sebab adei, kereta bergerak macam kura-kura & sekejap-sekejap. Tapi bagi aku tempat tu la yang paling ai nanti-nantikan. Bila sampai kt spot tu, apa yang aku buat bukak nasi lemak yang di beli kt kedai sorang makcik di area rumah. Pergh, aroma nasi lemak tu memang cukup menghilangkan tekanan gituh... lepas ambil bau, apa lagi? masa untuk menikmati sarapan pagi. =)

2. Bersolek
   - Sebelum keluar rumah, tak payah nak bersolek/ melilit tudung bagai. Anda akan ada banyak masa sewaktu jalan jem untuk bersolek. Kalau pakai make up awal-awal mesti cair punya bila sampai kt office tu. So, bawak la cermin sederhana besar dalam kereta, sepanjang kesesakkan tu, kita make up la puas-puas. Tepek la berapa banyak pun nak tepek.  Lilit la tudung ikut gaya apa pun. :) Sedar-sedar dah sampai ke destinasi. woha. masa anda tak terbuang begitu saja.

3. Baca buku/Majalah/comic
   - Aktiviti ni agak merbahaya, cuma boleh dilakukan kalau jem yang sangat teruk sampai tak bergerak boleh la buat aktiviti ni. Tapi atas tanggungjawab sendiri tau. kalu tercium kereta depan ke, te-reverse ke belakang ker. Jangan cari aku mintak ganti rugi pulak ya.  aku cadangkan jangan la baca buku yang berat-berat isi nya. tak pasal-pasal semakin tertekan. Baca majalah yang ringan-ringan atau comik yang boleh buatkan kita tergelak guling-guling dan dalam masa yang sama menghilangkan stress... :)

4. Menyanyi lagu dengan kuat ikot radio.
   - Masa ni la kita nak asah bakat yang terpendam berkarat dan bersawang dalam diri kita. Bukak lagu kegemaran dan ikut menyanyi ala-ala mentor atau American Idol ker. Kalau kita selalu berlatih, bakat yang selama ini terceruk malu dalam diri kita akan mengeluarkan diri dengan sukarela tanpa dipaksa. Tak payah nak bayar duit mahal-mahal pegi karoke. Korang bukak CD karoke dalam kereta, and nah melalak sepuas hati walau suara tak berapa nak mantop macam Samlah mentor, tak ada sapa yang peduli. wiiwiiii

5. Berzikir
   - Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang. Bagaimana nak mengingati Allah, adalah dengan berzikir dan mengagumi kebesaran ciptaan Allah. Dalam perjalanan renung kejadian matahari, awan, langit pokok-pokok yang membuktikan kebesaran Allah yang maha kuasa. Petua ni la yang terbaik, tak rugi pun siap dapat pahala lagi ada. :)

Setakat ni dulu apa yang aku dapat suggestkan apa yang anda boleh lakukan di kala anda menghadapi kesesakan trafik...

Apa-apa pun berhati-hati lah ketika dalam pemanduan. Keselamatan adalah yang paling utama. Tak usah nak stress-stress. Kita stress pun tak guna, bukan kereta tu boleh bertukar jadi kapal jet pun. :) lainla transformers. (**bagus jugak kalau dapat bumble bee sebiji kan).
ai
Adakah uols pernah rasa cam bushan nyer hidup ni.. lalu uols pun berkata dalam hati
" kan bagus kalau aku ada itu, ada ini, duduk kat sana, duduk kt sini, kerja jadi tu, kerja jadi ni? "


"Most people are about as happy as they make up their minds to be." - Abraham Lincoln 


Persoalan nya? Kenapa kita tak rasa bahagia dengan hidup kita sekarang? hurm...

1. Hari-hari berlalu tanpa makna.

Begitulah rutin harian kita yang bekerja & tak ada keluarga lagi ni.. kalau ada keluarga lagi panjang rutin nya. Sedar tak sedar usia dah makin banyak dan mak ayah kat kampung pun dah bising " Bawak-bawak la cari calon menantu untuk kami ni"  ~ wiihiii

So, buatlah sesuatu yang berbeza hari ini untuk menjadikan hari ini lebih bermakna dari semalam. :D lakukan apa yang ingin kita lakukan, cari masa dalam kesibukkan untuk melakukan perkara yang luar dari rutin kerja anda setiap hari... ia pasti menyeronokkan. Woha.

2. Obses kepada masa lalu atau masa depan.
Kita selalu bimbang dengan masa depan dan sedih dengan perkara yang dah belaku tak seperti yang kita harapkan. Kita akan kehilangan semalam dah esok jika terlalu memikirkan perkara yang lepas yang tak mungkin akan datang kembali atau masa depan yang belum tentu pasti. Right now is life. :)

Perkara yang lepas kita jadikan tauladan or mungkin sempadan untuk kita menjalani hidup sekarang.
Hari esok jangan kita nantikan. :D ia pasti akan muncul bila tiba saatnya dan apabila ia muncul gunakanlah setiap saat sebaik mungkin agar ia menjadi sejarah yang terindah pada hari seterusnya.

3. Ingin menjadi orang lain.
Bila kita sedar yang kita mula membandingkan diri kita dengan jiran, kakak, adik, sepupu, sepapat, Siti Nurhaliza, Hazama atau sesiapa saja dalam dunia ni.. BERHENTI!!!

Setiap orang sangat berbeza. Jangan cuba nak jadi orang lain. Jadilah diri sendiri. Ambil masa dan carilah kelebihan yang ada pada diri anda dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Lihatlah orang-orang yang kurang bernasib baik, dan kita akan belajar menjadi manusia yang bersyukur dengan apa yang Allah dah beri pada kita.

"help people who have less if you are able.. you'll see why"

4. Terlebih aura negatif.
Setiap hari-hari yang kita lalui, pasti ada senang, ada susah. Bila senang kita tak akan sedar bahawa kita senang, tapi bila susah kita akan merasai setiap detik kesusahan kita tu... itu la manusia kan.

Kita hanya merancang, segalanya Allah yang tentukan. Setiap perjalanan pasti ada ranjau yang menghalang, jadi terpulang pada kita untuk melihat ranjau & duri tu sebagai masalah yang menghalang kita dari terus mencapai kebahagiaan atau, satu cabaran yang perlu kita tempuh untuk menjadikan kita lebih kuat.

5. Kurang keyakinan diri.

Kadang-kadang akan ada perasaan rendah diri dalam diri. Sebagai contoh, bila tengok kawan-kawan ada ada pangkat besar, pakai kereta besar dan of coz gaji besar. Kita akan jadi hilang keyakinan diri bila berdepan dengan mereka.

Tingkatkan keyakinan diri, cari kelebihan yang ada dalam diri kita dan raikan. Bila dalam proses mencari kelebihan diri kita temui kekurangan diri jangan memperkecilkan diri sendiri..Apa yang perlu kita buat adalah ambil tindakkan untuk memperbetulkannya.

6. Bertangguh-tangguh.

Procrastination

Erk... Tabiat ni memang paling susah nak di lupuskan, lebih-lebih lagi bila duduk depan tv. Lepas satu cerita satu cerita. Cerita zaman sekarang ni pulak jenis bersiri yang kena follow tiap-tiap hari kadang2 samapai dekat setahun baru sinetron tu habis. Habis semua kerja tertangguh. tup tap tup tap, deadline sampai...baru kalut nak buat semua tugasan yang tertangguh. Buat kelam kabut kualiti pun tak memuaskan... akhirnya siapa yang susah? diri sendiri juga kan.

"very little is needed to make a happy life; its all within yourself, in your way of thinking" ~ Marcus Aurelies

Untuk memulakan sesuatu tu memang susah, di tambah pulak dengan tahap kemalasan yang tinggi dan gangguan-gangguan luar yang menarik perhatian kita untuk melakukan sesuatu tugasan. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan menjadi seorang yang lebih fokus dan jauhkan diri dari semua makhluk-makhluk yang melalaikan. utamakan mana yang lebih utama.




ok.. cukup setakat ini, kalau nak tulis banyak lagi nih... tapi cukup la setakat ini perkongsian kita untuk hari ini.. Live your life to the max. :)  Hidup cuma sekali, mati itu pasti. Semoga Allah memberkati setiap saat usia kita.

Renung2kan ayat ini:-


Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


sayonara, ku undur diri sebentar ya...




** picture sources: mr google 
ai
 source : en google

Tenangkan fikiran dengan membaca novel?

Pada sesiapa yang suke membaca novel, ia merupakan salah satu terapi yang baik untuk minda kita... Kalau kita bosan & fikiran kita kusut masai... ambil sedikit masa dengan membaca novel-novel romantik dan novel-novel cinta. Mungkin ia boleh mengimbau kenangan terindah kita dan membantu kita menenangkan fikiran.

Pengalaman aku, membaca novel kadang-kandang akan membawa aku terbuai di awang-awangan.... hihihi
sebagai contoh, sambil menunggu k*m , masa akan berlalu dengan pantas dengan membaca novel-novel cinta yang mengasyikkan... jadi tak lah aku tertekan menunggu ktm yang kadang-kadang cukup menyiksakan... jadi kenapa nak kusutkan fikiran menunggu k*m yang kadang-kadang macam menunggu durian gugur. Lebih baik kita lakukan terapi minda dengan membaca novel-novel cinta ataupun comic (tapi kalau nk gelak kena la cover-cover sikit, kang ada yang salah faham kang.. :D ) ... jadi kurang lah sikit tekanan perasaan yang sapa tahu akan menyebabkan penyakit lain yang merbahaya macam darah tinggi dek kerana tension menunggu.



ai
Aura positif atau semangat positif dapat menceriakan hidup anda.... wiiwii.

Mulakan hari anda dengan penuh bersemangat agar tetap ceria sepanjang hari...

Bila bangun jer dari tido, bende pertama yang kita kene buat adalah bersyukur kerana masih diberi 1 hari lagi untuk melakukan amal ibadah untuk bekalan kita di akhirat kelak.. ;)

Jauhi pemikiran dan emosi negatif 
contohnyer, biasa kalau kite bangun dari tido ;-
       - "Adoi malasnyer nak bangun hari ni"
       - "Alamak malas nyer nk pegi keje, nk tido lagi.."
       - "Boring nyer hari ni dah hari isnin,  kene pegi keje.. aduiyai"

Selalu bersikap optimis & selesaikan segala masalah.. 
So bila kita mulakan hari kita dengan fikiran yang positif dan bersemangat ia akan menjadikan persekitan kita lebih menyenangkan. Aura positif terus jelas terpancar dari dalam diri kita...